Sunday, 1 April 2018

PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT: REKONSTRUKTISME


PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT: REKONSTRUKTISME

Rekonstruktisme adalah hasil pertumbuhan daripada progresivisme. Rekonstruktisme berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan semula masyarakat. Ia menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan. Rekonstruktisme melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk memajukan kehidupan manusia malalui pendidikan dan reformasi sosial. Rekonstruktisme memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk masyarakat baharu.

Terdapat beberapa fahaman berkenaan rekonstruktisme:

Sekolah berfungsi untuk
  • mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya.
  • memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.


Kurikulum
  • menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial.
  • berfokuskan trenda masa kini dan masa depan, merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa.
  • menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat.
  • menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenai masyarakat masa kini dan juga masa hadapan.


KONSEP
Pembentukan semula masyarakat dan perkembangan teknologi yang pesat mendesak ‘order’ baharu dalam masyarakat.

PRINSIP
Isu sosial yang wujud perlu didedahkan pada pelajar untuk melatih mereka memperoleh kemahiran untuk mengatasi masalah- masalah tersebut.

TUJUAN
Pembaharuan perkara- perkara yang terdapat dalam sistem sosial dan melahirkan individu- individu yang mampu menyelesaikan masalah kelak.

PERANAN
Sekolah: Menyediakan pembelajaran yang dapat melahirkan individu yang dapat menyelesaikan masalah dan mampu menghadapi cabaran dalam masyarakat.

TUMPUAN
Isi kandungan kokurikulum meliputi aspek-aspek masalah sosial, ekonomi dan politik. Kaedah PDP haruslah berstruktur, & mengandungi elemen kajian saintifik.

Sumber:
  •  http://ipgkpt.edu.my/kdc%20interim/2017/modul/Tajuk%202FPKnFPG.pdf


Disediakan oleh:
  • Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi


(227 patah perkataan)

Konsep Falsafah Pendidikan Timur

Konsep Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam dua aliran fahaman yang utama, iaitu: China (Konfusianisme dan Taoisme) dan India (Buddisme dan Hindunisme).

 • Menyatakan bahawa pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting bagi      

   seseorang individu baik di dunia mahupun akhirat.

 

• Kehidupan akan berubah jika mereka sanggup berubah.

• Sikap seseorang penentu pencapaian kebahagian.

• Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi.

• Refleksi kendiri atau muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut.

• Menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.

• Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai nirvana. Apabila kita sudah menjadi bijak, secara automatik, kita akan berbuat baik dan mengelakkan dari melakukan kejahatan.

 

Konsep faIsafah pendidikan China

1)    Konsep Confucius

· Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang    

  menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan      

  sebaliknya.

·Menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga     sifat perikemanusiaan. Konsep ini mendidik masyarkat     

 Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu, untuk asas     

 konsep ini ialah chung (buat perkara positif terhadap    

 orang lain apa yang kita suka orang buat kepada kita) dan  

 shu (jangan buat perkara negative sebagaimana kita tidak  

 suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita).

·Confusius menekankan konsep Li iaitu peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu :

i. Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan

ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia

iii. Peraturan perhubungan politik

·Confucius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan, segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

 

 

2)    Konsep Taoisme

·Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian   yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan     sebaliknya.

·Menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi      masyarakat.

·Percaya kepada cinta sejagat (universal love)  tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan.  Manusia harus mencintai orang lain seperti menyayangi diri  sendiri. Perbuatan menyayangi boleh mengelakkan perselisihan dan jenayah serta menjadikan dunia aman.

Sumber

·http://dunia-amal1.blogspot.my/2015/12/konsep-falsafah-pendidikan-timur-dan.html

·https://www.slideshare.net/alyaismahani/falsafah-pendidikan-islam-dan-falsafah-pendidikan-timur



Disediakan oleh

Ling Pei Wen

(285 p.p.)



PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT : REKONSTRUKTISME

Rekonstruktisme adalah hasil pertumbuhan daripada progresivisme.
Rekonstruktisme berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan
semula masyarakat. Ia menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru
dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan.
Rekonstruktisme melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk
memajukan kehidupan manusia malalui pendidikan dan reformasi sosial.
Rekonstruktisme memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk
masyarakat baharu.

Terdapat beberapa fahaman berkenaan rekonstruktisme:

a. Sekolah berfungsi untuk
  • mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya.
  • memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.
b. Kurikulum
  • menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial.
  • berfokuskan trenda masa kini dan masa depan, merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa.
  • menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat.
  • menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenai masyarakat masa kini dan juga masa hadapan.

KONSEP
Pembentukan semula masyarakat dan perkembangan teknologi yang pesat mendesak ‘order’ baharu dalam masyarakat.

PRINSIP
Isu sosial yang wujud perlu didedahkan pada pelajar untuk melatih mereka memperoleh kemahiran untuk mengatasi masalah- masalah tersebut.

TUJUAN
Pembaharuan perkara- perkara yang terdapat dalam sistem sosial dan melahirkan individu- individu yang mampu menyelesaikan masalah kelak.

PERANAN
Sekolah: Menyediakan pembelajaran yang dapat melahirkan individu yang dapat menyelesaikan masalah dan mampu menghadapi cabaran dalam masyarakat.

TUMPUAN
Isi kandungan kokurikulum meliputi aspek-aspek masalah sosial, ekonomi dan politik. Kaedah PDP haruslah berstruktur, & mengandungi elemen kajian saintifik.

Sumber: 
  • http://ipgkpt.edu.my/kdc%20interim/2017/modul/Tajuk%202FPKnFPG.pdf
Disediakan oleh:
  • KHU JIA HUI


(227 patah perkataan)


Konsep Pendidikan dalam Al-Qur’an

1.Tarbiyah
  • Istilah tarbiyah diambil dari akar kata (rabba, yarubbu, tarbiyah ) yang ertinya memperbaiki, menguasai, menutun, menjaga, memelihara.
  • Imam al-Baidhawi mengartikan tarbiyah adalah menyampaikan sesuatu sedikit demi sedikit sehingga sempurna.
  • Tarbiyah juga berasal dari akar kata (rabiya, yarba) yang bererti menjadikan sesuatu itu menjadi besar. Selanjutnya kata tarbiyah juga berasal dari kata (raba, yarbu) yang ertinya bertambah, bertumbuh, atau berkembang sebagamana kita jumpai pada ayat al-Qur'an (Q.S. 30:39).
  • Semua erti itu sejalan dengan lafad yang digunakan oleh al-Qur'an untuk menunjukkan proses pertumbuhan dan pekembangan kekuatan baik itu kekuatan fisik, akal maupun akhlak. Bertolak dari ketiga term/lafad tersebut 'Abd Rahman al-Nahlawi menyimpulkan bahawa tarbiyah mengandung empat unsur pokok, iaitu menjaga dan memelihara fitrah anak menjelang dewasa, mengembangkan seluruh potensi, mengarahkan seluruh fitrah dan potensi menuju kesempurnaan dan dilaksanakan secara tertahap.
2. Ta'lim
  • Istilah ta'lim memiliki dua pola atau bentuk jamak.
  • Perbedaan bentuk jamak itu mengakibatkan sedikit perbedaan erti, meskipun tidak begitu signifikan untuk dibedakan.
  • Pertama, ta'lim dengan pola jamak ta'lim mempunyai sembilan erti iaitu informasion (berita), advice (nasihat), instruction (perintah),  direction (petunjuk), teaching (pengajaran),  tranining (latihan), shooling (pendidikan di sekolah), education (pendidikan) dan apprenticeship (bekerja sambil belajar).
  • Kedua, ta’lim dalam pola jamak ta’limat hanya mempunyai dua erti iaitu directives (petunjuk) dan announcement (pengumuman).
  • Ta’lim berasal dari kata (‘allama, yu’allimu, ta’lim), yang bererti megajar (memberi informasi). Lafad tersebut dalam al-Qur’an disebut banyak sekali.
3. Ta’dib
  • Lafal ta’dib setidaknya mempunyai lima macam erti iaitu education (pendidikan), disipline (ketertiban), punishment, chastisement (hukuman) dan disciplinary-punishment (hukuman demi ketertiban).
  • Nampaknya lafal ini lebih mengarah pada perbaikan tingkah laku (Ismail, dkk., 2001:61).
  • Dalam al-Qur’an lafal ta’dib memang tidak ditemukan, tapi lafal itu diambil dari sebuah hadits Nabi yang berbunyi;
  • “Tuhanku telah mendidikku, sehingga menjadikan baik pendidikanku.” Istilah ini dimunculkan oleh al-Attas dalam menjelaskan pengertian bahwa ta’dib merupakan alternatif untuk konsep pendidikan Islam.
  • Dalam pandangan al-Attas, menggunakan istilah (lafad) ta’dib, merupakan alternatif yang jauh lebih tepat daripada istilah-istilah lainnya. Pemilihan istilah ta’dib, merupakan hasil analisa tersendiri bagi al-Attas dengan menganalisis dari sisi semantik dan kandungan yang disesuaikan dengan pesan-pesan moralnya.
  • Imam Bukhari –seorang ahli perawi sekaligus kolektor hadits – mengklasifikasikan hadits tersebut di atas ke dalam bab tafsir al-Qur’an. Dalam klasifikasinya, Ia memasukkan hadits tersebut sebagai interpretasi terhadp QS. Al-Tahrim/66:6.
  • Menurut Ibn Hajar, sebagi proses pendidikan yang memerintahkan anggota keluarga untuk bertaqwa dan taat menjalankan perintah Allah dan menjahui larangannya. Kerana hadits ini muncul sebagai perincian atau penjelasan dari QS. Al-Tahrim/66:6, maka esensinya jelas sebagai upaya pendidikan.
  • Sekalipun istilah tarbiyah dan ta’lim telah mengakar dan mempopuler, al-Attas menempatkan ta’dib sebagai sebuah konsep yang dianggap lebih sesuai dengan konsep pendidikan Islam.
  • Dalam penjelasan (Yunus, 1972:37-38), kata ta’dib sebagaimana yang menjadi pilihan al-Attas, merupakan kata (kalimat) yang berasal dari kata addaba yang bererti memberi adab atau mendidik.
  • Dalam pandangan al-Attas, dengan menggunakan term di atas, dapat difahami bahawa pendidikan Islam adalah proses internalisasi dan penanaman adab pada diri manusia. Sehingga muatan substansial yang terjadi dalam kegiatan pendidikan Islam adalah interaksi yang menanamkan adab. Seperti yang diungkapkan al-Attas, bahawa pengajaran dan proses mempelajari keterampilan betapa pun ilmiahnya tidak dapat diertikan sebagai pendidikan apabila di dalamnya tidak ditanamkan ‘sesuatu’ (Ismail SM, dalam Abdul Kholiq, dkk., 1999: 275)
  • Al-Attas melihat bahwa adab merupakan salah satu misi utama yang dibawa Rasulullah yang bersinggungan dengan umatnya. Dengan menggunakan term adab tersebut, bererti menghidupkan Sunnah Rasul.
  • Konseptualisasinya adalah sebagaimana sabdanya: “Tuhanku telah mendidikku (addaba), dengan demikian membuat pendidikanku (ta’dib) yang paling baik (HR. Ibn Hibban).Sesuai dengan ungkapan hadits di atas, bahawa pendidikan merupakan pilar utama untuk menanamkan adab pada diri manusia, agar berhasil dalam hidupnya, baik di dunia ini maupun di akhirat kemudian.
  • Kerana itu, pendidikan Islam dimaksudkan sebagai sebuah wahana penting untuk penanaman ilmu pengetahuan yang memiliki kegunaan pragmatis dengan kehidupan masyarakat. 
Sumber Rujukan:

http://mujtahid-komunitaspendidikan.blogspot.my/2010/04/konsep-pendidikan-dalam-perspektif.html

KONSEP SOSIOLOGI PENDIDIKAN



1.1 PENGERTIAN SOSIOLOGI
  • Sosiologi merupakan suatu ilmu pengetahuan yang memberi fahaman tentang cara berteman atau bersahabat yang baik serta cara bergaul yang baik dengan masyarakat.
  • Mayor Polak mendefinisikan sosiologi adalah “ilmu pengetahuan yang mempelajari masyarakat sebagai keseluruhan, yakni hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan kelompok, kelompok dengan kelompok, baik formal maupun material, baik statis maupun dinamis”.
  • Jadi, sosiologi adalah suatu ilmu pengetahuan yang membahas tentang hubungan manusia dengan lingkungan masyarakat.

1.2 PENGERTIAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN
  • Sosiologi pendidikan merupakan suatu ilmu yang membicarakan bagaimana proses interaksi sosial yang dilakukan oleh seorang individu untuk mempengaruhi individu lain untuk mencari pengalaman baru serta mengorganisasikannya dalam kehidupan bermasyarakat.
  • F. G. Robbins dan Brown mendefinisikan sosiologi pendidikan adalah “ilmu yang membicarakan dan menjelaskan hubungan-hubungan  sosial yang mempengaruhi individu untuk mendapatkan serta mengorganisasi pengalamannya”.
  • Jadi, sosiologi pendidikan adalah suatu cabang ilmu pengetahuan yang membahas proses interaksi sosial anak-anak mulai dari keluarga, masa sekolah sampai dewasa serta dengan keadaan sosial budaya yang terdapat dalam kalangan masyarakat dan negaranya.

1.3 SOSIOLOGI PENDIDIKAN
  • Sosoiologi pendidikan bertujuan utama memberikan kepada guru-guru latihan-latihan yang efektif dalam bidang sosiologi agar dapat memberikan sumbangannya secara cepat dan tepat kepada masalah pendidikan. 
  • Selain itu, sosiologi Pendidikan juga dapat menganalisis proses sosialisasi anak dalam keluarga, sekolah, mahupun masyarakat. Sosiologi pendidikan juga dapat menganalisis perkembangan dan kemajuan sosial dalam masyarakat.
                                                                                                 (218 patah perkataan)

Sumber:

Disediakan oleh:
GOH WEN KHANG

PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT : ESENTIALISME

PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT : ESENTIALISME
·         Dibentuk oleh William C. Bagley pada tahun 1938
·         Pendidik-pendidik lain yang terlibat ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Isaac L. Kandel
·         Ahli-ahli esentialisme mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah ; membezakan di antara program-program penting dan kurang penting ; dan membentuk semula autoriti guru di dalam bilik darjah (Kneller, 1971)
·         Falsafah yang tradisional dan konservatif – dapat mengekalkan tradisi dan tamadun sesuatu masyarakat serta menggalakkan perkembangan intelektual pelajar
·         Tumpuan utama kurikulum – perkara-perkara yang dianggap penting dan benar-benar diperlukan
·         Sekolah rendah
Ø  Paling penting: pembacaan, penulisan, percakapan, ejaan dan ilmu       kira-kira. 
Ø  Kedua penting: sejarah, ilmu alam, sains fizikal dan biologikal dan bahasa asing. 
Ø  Kurang penting: kesenian, muzik, dan pendidikan jasmani
·         Sekolah menengah – perkara penting sekolah rendah diperkembangkan menjadi lebih khusus dan mencabar.
Ø  Penting: ilmu kira-kira- ilmu hisab (algebra, geometri, trigonometri dan trigonometri dan kalkulus), sains fizikal- fizik, kimia dan geologi.
Ø  Kurang penting; kesenian, muzik, pendidikan jasmani, kokurikulum, mata pelajaran vokasional dan pra-vokasional.
·         Berpegang kepada 3M (menulis, membaca, mengira)
·         Brickman (1958) - Guru – (pusat) alam pendidikan, berpengetahuan, mendalami psikologi kanak-kanak, berupaya menyampaikan fakta, unggul, menggunakan asas-asas falsafah dan sejarah pendidikan, tekun.
·         Inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru
·         Kaedah pengajaran: pembacaan, syarahan, ingatan, ulangan, penggunaan alat-alat pandang- dengar dan peperiksaan
·         Pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dan disiplin-kendiri
·         Tumpuan pendidikan- menyerap perkara-perkara yang telah ditetapkan – menyedari keupayaan dan kemampuan
·         Tujuan bersekolah – mengetahui kewujudan alam mini
·         Kandel (1938) – pengetahuan mestilah diterangkan mengikut susunan yang logik supaya mudah difahami

(232 patah perkataan)
Disediakan oleh: Ivy Ling Zhe Yun