Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN),
merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan
bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988
oleh pakar-pakar pendidikan.
Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Sistem pendidikan di
Malaysia mempunyai satu dasar yang sentiasa menjadi rujukan utama Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam merancang dan menggubal pelan pendidikan di negara
ini. Dasar tersebut dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berhasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha berterusan ke arah meningkatkan
potensi individu yang seimbang dari setiap aspek dapat melahirkan generasi yang
berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua rakyat
Malaysia diberi peluang untuk mendapat pendidikan supaya dapat menyediakan tenaga
manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Sumber:
https://www.scribd.com/document/371246931/Gpp
http://pasarnota.blogspot.my/2011/12/falsafah-pendidikan-kebangsaan.html
Disediakan oleh:
Rachelle Lee Xing Mei
(227
patah perkataan)
No comments:
Post a Comment