Sunday, 1 April 2018

Konsep Falsafah Pendidikan Timur

Konsep Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam dua aliran fahaman yang utama, iaitu: China (Konfusianisme dan Taoisme) dan India (Buddisme dan Hindunisme).

 • Menyatakan bahawa pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting bagi      

   seseorang individu baik di dunia mahupun akhirat.

 

• Kehidupan akan berubah jika mereka sanggup berubah.

• Sikap seseorang penentu pencapaian kebahagian.

• Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi.

• Refleksi kendiri atau muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut.

• Menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.

• Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai nirvana. Apabila kita sudah menjadi bijak, secara automatik, kita akan berbuat baik dan mengelakkan dari melakukan kejahatan.

 

Konsep faIsafah pendidikan China

1)    Konsep Confucius

· Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang    

  menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan      

  sebaliknya.

·Menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga     sifat perikemanusiaan. Konsep ini mendidik masyarkat     

 Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu, untuk asas     

 konsep ini ialah chung (buat perkara positif terhadap    

 orang lain apa yang kita suka orang buat kepada kita) dan  

 shu (jangan buat perkara negative sebagaimana kita tidak  

 suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita).

·Confusius menekankan konsep Li iaitu peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu :

i. Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan

ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia

iii. Peraturan perhubungan politik

·Confucius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan, segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

 

 

2)    Konsep Taoisme

·Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian   yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan     sebaliknya.

·Menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi      masyarakat.

·Percaya kepada cinta sejagat (universal love)  tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan.  Manusia harus mencintai orang lain seperti menyayangi diri  sendiri. Perbuatan menyayangi boleh mengelakkan perselisihan dan jenayah serta menjadikan dunia aman.

Sumber

·http://dunia-amal1.blogspot.my/2015/12/konsep-falsafah-pendidikan-timur-dan.html

·https://www.slideshare.net/alyaismahani/falsafah-pendidikan-islam-dan-falsafah-pendidikan-timur



Disediakan oleh

Ling Pei Wen

(285 p.p.)


No comments:

Post a Comment