KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT
Dari sudut bahasa, pendidikan dalam bahasa Inggeris ialah education, Ia adalah berasalah dari bahasa Latin ialah educare. Pendidikan bermaksud memelihara, membimbing atau mengasuh kanak-kanak. Pendidikan juga diertikan sebagai perkembangan fizikal. Pendidikan juga bermaksud suatu latihan kepada manusia atau memyampaikan kemahiran-kemahiran tertentu kepada manusia bagi tujuan aktiviti kehidupan.
Dari sudut ciri, konsep pendidikan telah dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) dan diperlukan dalam membangunkan guna tenaga manusia. Jean Jacques (1712 - 1778) menyatakan pendidikan merupakan suatu usaha berterusan bermula sejak kecil lagi. Plato menyatakan bahawa pendidikan adalah sesuatu yang mampu atau berkeupayaan membentuk individu yang mulia.
Dari sudut proses, John Dewey (1859 - 1952) mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses psikologi iaitu pertumbuhan atau perkembangan di mana usaha mengatur pengetahuan bagi meningkatkan lagi pengetahuan semula jadi yang sedia ada pada individu. Maria Montessori (1870 - 1952) mentafsirkan pendidikan sebagai membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak. Jadi, pendidikan dapat difahami sebagai pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan kebudayaan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
Dari sudut hasil, John Milton menyatakan bahawa hasil daripada pendidikan ialah manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dari setiap masa. Manakala Pestalotzi menjelaskan bahawa individu yang telah melalui pendidikan mampu untuk memikul tanggungjawab masing-masing bagi tujuan kehidupannya.
Aristotle berpandangan bahawa pendidikan bersifat etikal dan politikal. Orang yang berpendidikan mematuhi peraturan dan tingkah laku yang baik, menguruskan pentadbiran dan mempertahankan kedaulatan. Froebel (1782 – 1852) menyatakan bahawa pendidikan bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. John Stuart Mill (1806 – 1873) berpandangan pendidikan adalah memberi bantuan untuk setiap individu supaya berhidup gembira.
Sumber:
http://dunia-amal1.blogspot.my/2015/12/konsep-pendidikan-barat.html
Disediakan oleh
Cheng Gracelyn Xinyi
(268 patah perkataan)
No comments:
Post a Comment