Sunday, 1 April 2018

Personaliti Guru yang Cemerlang Peribadi


  Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten. Matlamat menjadi seorang guru cemerlang harus dicapai melalui ciri-ciri personaliti guru yang cemerlang peribadi.

Personaliti guru yang cemerlang peribadi adalah seperti berikut:
  • Nilai kendiri yang positif
  • Berakhlak mulia
  • Bertimbang rasa
  • Kreatif dan Inovatif
  • Memastikan imej yang bersih dan kemas
  • Sikap sedia berkongsi
  • Bersikap terbuka
  • Berpemikiran positif
  • Bersikap sabar
  • Tegas
  • Kesungguhan
  • Mesra
  • Memberi kerjasama
  • Menepati masa
  • Bertanggungjawab
  • Berakhlak mulia
  • Bersikap adil dan tidak membezakan pelajar.
  • Bertindak sebagai pembentukan nilai baik hati dan suka menolong.
  • Sentiasa menghulurkan bantuan kepada murid apabila menghadapi masalah dalam hal peribadi dan juga pelajaran.
  • Sentiasa bersabar dengan kerenah murid dalam menyampaikan isi pengajaran.
  • Mempamerkan wajah yang ceria dan bersikap sebagai seorang periang apabila berhadapan dengan murid.
  • Sentiasa mengambil tahu hal dan masalah murid serta mudah didekati oleh pelajarnya.
  • Sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang dipikul dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir


Sumber:

Disediakan oleh:
TING XIN YUE

(202 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment