Konsep Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan
dalam dua aliran fahaman yang utama, iaitu: China (Konfusianisme dan Taoisme)
dan India (Buddisme dan Hindunisme).
• Menyatakan bahawa pendidikan merupakan
sesuatu elemen yang amat penting bagi
seseorang individu baik di dunia mahupun
akhirat.
• Sikap seseorang penentu pencapaian
kebahagian.
• Manusia belajar melalui pemerhatian alam
semula jadi.
• Refleksi kendiri atau muhasabah diri
terhadap pemerhatian tersebut.
• Menimbulkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.
• Setiap manusia ingin memperoleh
kebijaksanaan dan mencapai nirvana. Apabila kita sudah menjadi bijak, secara
automatik, kita akan berbuat baik dan mengelakkan dari melakukan kejahatan.
Konsep faIsafah pendidikan China
1)
Konsep Confucius
- Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.
- Menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. Konsep ini mendidik masyarkat Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu, untuk asas konsep ini ialah chung (buat perkara positif terhadap orang lain apa yang kita suka orang buat kepada kita) dan shu (jangan buat perkara negative sebagaimana kita tidak suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita).
- Confusius menekankan konsep Li iaitu peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu :
i. Peraturan perhubungan
manusia dengan tuhan
ii. Peraturan perhubungan
manusia dengan manusia
iii. Peraturan perhubungan
politik
- · Confucius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan, segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
2)
Konsep Taoisme
- Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.
- Menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi masyarakat.
- Percaya kepada cinta sejagat (universal love) tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan. Manusia harus mencintai orang lain seperti menyayangi diri sendiri. Perbuatan menyayangi boleh mengelakan perselisihan dan jenayah serta menjadikan dunia aman.
Sumber
- http://dunia-amal1.blogspot.my/2015/12/konsep-falsafah-pendidikan-timur-dan.html
- https://www.slideshare.net/alyaismahani/falsafah-pendidikan-islam-dan-falsafah-pendidikan-timur
Disediakan oleh
- Ling Pei Wen
(285 p.p.)
No comments:
Post a Comment