Sunday, 15 April 2018

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Disediakan oleh : KHU JIA HUI

PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN BARAT

Gagasan Pemikiran Falsafah Dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INOVASI PENDIDIKAN

Dikongsikan oleh: GOH WEN KHANG

Pendidikan:Matlamat Dan Fungsinya

Disediakan oleh: Brenda Ting Shu Tien

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat

Konsep Pendidikan

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Profesionalisme, kompetensi dan mekanisme pemantauan kualiti guru

Implikasi Kepada Falsafah Dan Sistem Pendidikan Negara

Disediakan Oleh: Lau Min Fon

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru FPK dan FPG

KEMAHIRAN BELAJAR

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)


Dikongsikan oleh: Pengurus T9

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sunday, 8 April 2018

Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan






Sumber

  • https://www.youtube.com/watch?v=rweDGfKam3I


Disediakan oleh

  • Lau Min Fon

Tuesday, 3 April 2018


KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN


KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN



Sumber: 
  • https://www.youtube.com/watch?v=09Wg1ksekEc

Disediakan oleh:
  • FONG XI TENG


KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN


KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN

LATAR BELAKANG
     Di dalam dunia pendidikan kita sebagai calon-calon pendidik harus mengerti dan memahami peranan fungsi psikologi dalam proses pengajaran dan pendidikan. Agar setiap problematika yang terjadi dalam proses pendidikan bisa dipecahkan, utamanya dalam sudut psikologis.
     Psikologi perlu juga kita kaji agar kita lebih mudah untuk mengetahui perkembangan jiwa yang dimilki oleh anak didik kita kelak. Agar kita bisa memeiliki sikap kritis terhadap permasalahan-permasalahan pendididkan dan pengajaran, dan bisa menganalisisnya dari segi psikologi.

PENGERTIAN PSIKOLOGI
     Psikologi secara bahasa berasal dari yunani “psyche” yang artinya jiwa, dan “logos” yang ertinya ilmu pengetahuan. Jadi secara etimologi psikologi adalah ilmu yang mempelajari tentang jiwa, baik mengenai macam-macam gejalanya, prosesnya maupun latar belakangnya, bahkan psikologi disini juga sering disebut dengan ilmu jiwa.
     Sebelum kita lanjutkan pembahasan tentang psikologi ini, terlebih dahulu kita akan membahas tentang apa itu jiwa-jiwa adalah daya rohaniah yang bersifat abstrak, yang menurut istilah agama iaitu, sesuatu yang ghaib dari manusia ataupun makhluk lain, yang tidak bisa didengar, kerana sifatnya yang abstrak, maka kita tidak bisa mengetahui jiwa secara wajar, melainkan jita hanya dapat mengetahui gejalanya saja. Manusia dapat mengetahui jiwa seseorang hanya dengan tingkahlakunya.
     Dari itulah kita bisa memahami bahwa psikologi/ ilmu jiwa iaitu ilmu yang mempelajari tingkahlaku manusia. Seperti halnya yang definisi ilmu jiwa yang dikemukakan oleh Imam Ghozali, bahawa ilmu jiwa adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari penghayatan dan tingkahlaku manusia. Penghayatan yang dimaksudkan adalah sekumpulan gejala-gejala ‘psikis/kejiwaan’. Misalnya, pengamatan, tanggapan, kenangan, perasaan dan sebagainya yang saling berhubungan satu sama lain.

HUBUNGAN PSIKOLOGI DENGAN ILMU PENDIDIKAN
Psikologi dan ilmu pendidikan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain, kerana antara psikologi dengan ilmu pendidikan mempunyai hubungan timbal balik. Ilmu pendidikan sebagai suatu disiplin bertujuan memberikan bimbingan hidup manusia sejak ia lahir sampai mati. Pendidikan tidak akan berhasil dengan baik jika tidak dihubungkait dengan psikologi. Demikian pula watak dan keperibadian seseorang ditunjukkan oleh psikologi. Oleh kerana begitu eratnya hubungan antara psikologi dengan ilmu pendidikan, maka lahirlah yang namanya psikologi pendidikan.

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Dengan memahami psikologi pendidikan, seorang guru melalui pertimbangan-pertimbangan psikologinya diharapkan dapat :
1.   Merumuskan tujuan pembelajaran secara tepat.
Dengan memahami psikologi pendidikan yang memadai diharapkan guru akan dapat lebih tepat dalam menentukan bentuk perubahan perilaku yang dikehendaki sebagai tujuan pembelajaran. Misalnya, dengan berusaha mengaplikasikan pemikiran Bloom tentang taksonomi perilaku individu dan mengaitkannya dengan teori-teori perkembangan individu.

2.   Memilih strategi pembelajaran yang sesuai.
Dengan memahami psikologi pendidikan yang memadai diharapkan guru dapat menentukan strategi pembelajaran yang tepat dan sesuai, dan mampu mengaitkannya dengan karakteristik dan keunikan individu, jenis belajar dan gaya belajar dan tingkat perkembangan yang sedang dialami siswanya.

3.   Memberikan bimbingan atau bahkan memberikan kaunseling.
Tugas dan peranan guru, di samping melaksanakan pembelajaran, juga diharapkan dapat membimbing para siswanya. Dengan memahami psikologi pendidikan, tentunya diharapkan guru dapat memberikan bantuan psikologis secara tepat dan benar, melalui proses hubungan interpersonal yang penuh kehangatan dan keakraban.

4.   Memfasilitasi dan memotivasi belajar peserta didik.
Memfasilitasi ertinya berusaha untuk mengembangkan segenap potensi yang dimiliki siswa, seperti bakat, kecerdasan dan minat. Sedangkan memotivasi dapat diartikan berupaya memberikan dorongan kepada siswa untuk melakukan perbuatan tertentu, khususnya perbuatan belajar. Tanpa pemahaman psikologi pendidikan yang memadai, tampaknya guru akan mengalami kesulitan untuk mewujudkan dirinya sebagai fasilitator mahupun motivator belajar siswanya.

5.   Menciptakan iklim belajar yang kondusif.
Efektivitas pembelajaran membutuhkan adanya iklim belajar yang kondusif. guru dengan pemahaman psikologi pendidikan yang memadai memungkinkan untuk dapat menciptakan iklim sosio-emosional yang kondusif di dalam kelas, sehingga siswa dapat belajar dengan nyaman dan menyenangkan.

6.   Berinteraksi secara tepat dengan siswanya.
Pemahaman guru tentang psikologi pendidikan memungkinkan untuk terwujudnya interaksi dengan siswa secara lebih bijak, penuh empati dan menjadi sosok yang menyenangkan di hadapan siswanya.

7.   Menilai hasil pembelajaran yang adil.
Pemahaman guru tentang psikologi pendidikan dapat mambantu guru dalam mengembangkan penilaian pembelajaran siswa yang lebih adil, baik dalam teknik penilaian, pemenuhan prinsip-prinsip penilaian maupun menentukan hasil-hasil penilaian.


Sumber:
  • https://www.slideshare.net/biiey/konsep-psikologi

Disediakan oleh:
  • FONG XI TENG



CIRI-CIRI PERSONALITI GURU


Falsafah Pendidikan Barat



DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Monday, 2 April 2018

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR




Disediakan oleh : Ng Chin Pei

Pembangunan Modal Insan


Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah Pendidikan Barat : Perenialisme


Falsafah Pendidikan Timur: China


Definisi dan Konsep Pendidikan

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=7i8uL8Qzhlc

Video tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Psikologi Pendidikan


https://www.youtube.com/watch?v=09Wg1ksekEc


SOSIOLOGI PENDIDIKAN



Guru sebagai model insan

Guru didefinisikan sebagai insan yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperan sebagai model insan kepada anak-anak murid.  Keperibadian dan tingkah laku seseorang guru akan diperhatikan oleh anak murid dan seterusnya diikuti oleh mereka. Oleh itu, seseorang guru perlulah bersahsiah tinggi supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

 Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan termasuklah berdisiplin, berbudi bahasa, bersopan dan bermoral. Contohnya, seseorang guru harus berpakaian kemas semasa di dalam kelas. Perkara ini memberi imej yang baik dan menjadi teladan anak murid agar mereka sentiasa memastikan pakaian mereka dalam keadaan kemas. Kesannya, penampilan murid yang positif dapat dibentukkan. Di samping itu, seseorang guru harus berpandangan progresif dan saintifik. Seseorang guru mestilah bergerak maju dan berusaha menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi yang semakin maju dalam bidang pendidikan. Tindakan ini dapat menyedarkan anak-anak murid tentang kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Sikap kerajinan yang ditunjukkan oleh guru juga menyedarkan anak-anak murid bahawa mereka perlu bersikap tekun dalam mempelajari sesuatu ilmu dan menguasai sesuatu kemahiran. Seterusnya, guru berperanan untuk mendidik generasi muda yang dapat menyumbangkan diri kepada pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Seseorang guru perlulah berusaha menghayati aspirasi negara yang dihasratkan. Perkara ini boleh dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar dan semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Apabila berkomunikasi dengan orang lain, guru harus bersopan santun dan tidak menggunakan kata kasar. 

Selain mengajar dan mendidik murid, guru juga patut melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Misalnya, seseorang guru boleh menghadiri aktiviti kokurikulum, Hari Sukan, Hari Kokurikulum, dan Program Satu Murid Satu Sukan. Penglibatan guru dalam aktiviti sukan menjadi teladan baik kepada murid agar mereka aktif dalam kokurikulum.  Murid juga akan mementingkan sukan selain menggutamakan pelajaran kerana galakan guru yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Anak murid juga berpeluang untuk bekerjasama dengan guru dan kawan mereka semasa melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum. Impaknya, insan yang berkembang dengan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi boleh diwujudkan. Dari segi agama, guru perlu menghayati dan mematuhi ajaran agama. Guru juga boleh menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti atau perayaan yang berkaitan dengan agama. Guru yang berpegang teguh kepada agama dapat menjadi teladan yang baik kepada anak-anak murid. Jati diri murid dapat dikukuhkan apabila mereka mempunyai kepercayaan kepada Tuhan.

Sumber
Dr. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2016). Pengantar Pengajian Profesional. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi Sdn. Bhd.

Disediakan oleh 
Tdene How Jiatyenn 
(366 patah perkataan)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai satu dasar yang sentiasa menjadi rujukan utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang dan menggubal pelan pendidikan di negara ini. Dasar tersebut dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha berterusan ke arah meningkatkan potensi individu yang seimbang dari setiap aspek dapat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua rakyat Malaysia diberi peluang untuk mendapat pendidikan supaya dapat menyediakan tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Sumber:
https://www.scribd.com/document/371246931/Gpp
http://pasarnota.blogspot.my/2011/12/falsafah-pendidikan-kebangsaan.html

Disediakan oleh:
Rachelle Lee Xing Mei
(227 patah perkataan)

Sunday, 1 April 2018

Definisi dan Konsep Pendidikan

Definisi dan Konsep Pendidikan
Pengertian Pendidikan
Pendidikan adalah pembelajaran pengetahuan, kemahiran, dan tabiat sekumpulan orang yang diluluskan dari generasi ke generasi melalui pengajaran, latihan, atau penyelidikan. Pendidikan sering dilakukan di bawah bimbingan orang lain, tetapi juga membolehkan diajar sendiri. Etimologi pendidikan kata itu sendiri berasal dari perkataan Latin ducare, yang bermaksud "untuk membimbing, mengarahkan, atau memimpin" dan awalan e, yang bermaksud "keluar". Jadi pendidikan bermaksud "membimbing" aktiviti. Apa-apa pengalaman yang mempunyai kesan formatif mengenai cara orang berfikir, merasa, atau bertindak boleh dipertimbangkan pendidikan. Pendidikan umumnya dibahagikan kepada peringkat seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian kolej, universiti atau magang.
Konsep Pendidikan
1) Suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu dengan individu yang lain.
2) Suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat.
Definisi pendidikan
• Prof. Dr. John Dewey
 - Pendidikan adalah suatu proses pengalaman kerana kehidupan adalah pertumbuhan. Ia membantu pertumbuhan batin tanpa batasan usia. Proses pertumbuhan ialah proses menyesuaikan pada tiap-tiap fasa serta menambahkan kecekapan dalam perkembangan seseorang.
• Prof. Herman H. Horn
- Pendidikan ialah proses abadi dari penyesuaian yang lebih tinggi bagi seseorang yang lebih berkembang fizikal dan mental dan percaya kepada Tuhan dari segi intelektual, emosional dan kemahuan oleh manusia.
• M.J. Langeveld
- Pendidikan adalah setiap pergaulan yang terjadi antara orang dewasa dengan anak-anak merupakan lapangan atau suatu keadaan di mana pekerjaan mendidik itu terjadi.

Sumber:
Disediakan oleh:
ANG MEI TING

(224 patah perkataan)



Personaliti Guru yang Cemerlang Peribadi


  Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten. Matlamat menjadi seorang guru cemerlang harus dicapai melalui ciri-ciri personaliti guru yang cemerlang peribadi.

Personaliti guru yang cemerlang peribadi adalah seperti berikut:
  • Nilai kendiri yang positif
  • Berakhlak mulia
  • Bertimbang rasa
  • Kreatif dan Inovatif
  • Memastikan imej yang bersih dan kemas
  • Sikap sedia berkongsi
  • Bersikap terbuka
  • Berpemikiran positif
  • Bersikap sabar
  • Tegas
  • Kesungguhan
  • Mesra
  • Memberi kerjasama
  • Menepati masa
  • Bertanggungjawab
  • Berakhlak mulia
  • Bersikap adil dan tidak membezakan pelajar.
  • Bertindak sebagai pembentukan nilai baik hati dan suka menolong.
  • Sentiasa menghulurkan bantuan kepada murid apabila menghadapi masalah dalam hal peribadi dan juga pelajaran.
  • Sentiasa bersabar dengan kerenah murid dalam menyampaikan isi pengajaran.
  • Mempamerkan wajah yang ceria dan bersikap sebagai seorang periang apabila berhadapan dengan murid.
  • Sentiasa mengambil tahu hal dan masalah murid serta mudah didekati oleh pelajarnya.
  • Sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang dipikul dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir


Sumber:

Disediakan oleh:
TING XIN YUE

(202 patah perkataan)

Konsep Falsafah Pendidikan Timur


Konsep Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam dua aliran fahaman yang utama, iaitu: China (Konfusianisme dan Taoisme) dan India (Buddisme dan Hindunisme).
 • Menyatakan bahawa pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting bagi      
   seseorang individu baik di dunia mahupun akhirat.
 • Kehidupan akan berubah jika mereka sanggup berubah.
• Sikap seseorang penentu pencapaian kebahagian.
• Manusia belajar melalui pemerhatian alam semula jadi.
• Refleksi kendiri atau muhasabah diri terhadap pemerhatian tersebut.
• Menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.
• Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai nirvana. Apabila kita     sudah menjadi bijak, secara automatik, kita akan berbuat baik dan mengelakkan dari     melakukan kejahatan.

Konsep faIsafah pendidikan China
1)    Konsep Confucius
  • Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.
  • Menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. Konsep ini mendidik masyarkat Cina agar memperbaiki diri terlebih dahulu, untuk asas konsep ini ialah chung (buat perkara positif terhadap orang lain apa yang kita suka orang buat kepada kita) dan shu (jangan buat perkara negative sebagaimana kita tidak suka orang lain buat perkara tersebut kepada kita).
  • Confusius menekankan konsep Li iaitu peraturan akhlak dan peraturan kehidupan iaitu :

i. Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan
ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia
iii. Peraturan perhubungan politik
  • ·    Confucius menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan, segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.



2)    Konsep Taoisme
  • Menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya.
  • Menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi masyarakat.
  • Percaya kepada cinta sejagat (universal love) tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan. Manusia harus mencintai orang lain seperti menyayangi diri sendiri. Perbuatan menyayangi boleh mengelakan perselisihan dan jenayah serta menjadikan dunia aman.

Sumber


Disediakan oleh
  • Ling Pei Wen

(285 p.p.)

Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah Pendidikan Islam
Dari segi falsafah, pendidikan Islam merupakan satu proses penyampaian ilmu yang berterusan sehingga ilmu itu dapat dijiwai dan meresap dalam pemikiran, kelakuan dan tindakan terhadap diri sendiri, sesama manusia dan alam sekeliling, sesuai dengan peranan manusia sebagai hamba Allah, khalifah-Nya dan ulamak pewaris nabi. 
Falsafah pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat. Falsafah pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah, memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Matlamat Pendidikan Islam untuk mewujudkan perkembangan seimbang dalam diri individu dengan nilai keislaman, menghasilkan individu beriman, berakhlak tinggi dan beramal salih. Jika diteliti dengan lebih mendalam, Falsafah Pendidikan Islam bermatlamatkan melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa dan maksud falsafah pendidikan Islam itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.
Secara umumnya, kandungan Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Berdasarkan falsafah pendidikan Islam di atas, satu aspek penting yang diberi penekanan ialah menyediakan potensi manusia untuk memikul tugas sebagai hamba Allah, khalifah-Nya dan ulamak pewaris nabi.
Falsafah pendidikan negara ini adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.
Kesimpulanya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu, pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan yang menanamkan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.


SUMBER: https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/falsafah-pendidikan-islam/
Disediakan oleh: Pok Hui Chee